PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan

Maksud

Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

Contoh ayat

Tabiat menipu yang kecil perlu ditegur segera kerana kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan:

  1. Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan Pepatah

    Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

  2. Kecil-kecil pun api

    Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Alang-alang berminyak, biar licin

    Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.

  2. Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing

    Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

  3. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

    Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

  4. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  5. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  6. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.