PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah

Maksud

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

Contoh ayat

Sebagai anggota masyarakat, kita mesti menghormati adat setempat kerana kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah:

  1. Bumi dipijak, langit dijunjung

    Seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diarahkan.

  2. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Pepatah

    Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

  3. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

    Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.

  4. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak Pepatah

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

    Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

  2. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata

    Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

  3. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

  4. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.

  5. Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu

    Perkara yang mustahil.

  6. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

    Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.