PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa

Maksud

Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.

Contoh ayat

Cadangan pelajar muda itu diterima oleh ahli lembaga; kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa:

  1. Kecil-kecil anak harimau Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  2. Kecil-kecil cabai rawit Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  3. Kecil-kecil cili padi Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  4. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung Pepatah

    Biar kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Buang yang keruh, ambil yang jernih

    Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

  2. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  3. Berbual di alang, belayar di luar musim

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  4. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  5. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

  6. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali

    Seseorang itu dinasihatkan jangan terlalu berlebih-lebihan apabila berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat.