PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Kera dapat bunga

Maksud

Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan; tidak menghargai pemberian orang lain.

Contoh ayat

Memberi buku mahal kepada orang yang tidak suka membaca ibarat kera dapat bunga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bak mentimun bengkok

    Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

  2. Bagai si kudung mendapat cincin

    Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh.

  3. Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan

    Sangat miskin.

  4. Seperti api dalam sekam

    Sesuatu kejahatan yang tidak diketahui kerana ia telah dirahsiakan.

  5. Bagai menelan mestika embun

    Mendengar nasihat yang baik.

  6. Bagai isi dengan kuku

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).