PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

Maksud

Janji mesti ditepati.

Contoh ayat

Kita mesti menunaikan janji kerana kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya:

  1. Kata biarlah kota

    Janji hendaklah ditepati.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

  2. Melepaskan batuk di tangga

    Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau bersungguh-sungguh.

  3. Berbual di alang, belayar di luar musim

    Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

  4. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

    Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

  5. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

    Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.

  6. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.