PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan

Maksud

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

Contoh ayat

Selidik dahulu berita itu sebelum mempercayainya; khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang

    Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

  2. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

  3. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  4. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

  5. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  6. Burung terbang dipipiskan lada

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.