PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar

Maksud

Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.

Contoh ayat

Persatuan itu kukuh kerana ahli-ahlinya bersatu; kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar:

  1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bidalan

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  2. Bulat kata Simpulan Bahasa

    Sepakat dah sehati.

  3. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat Pepatah

    Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

  4. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah Pepatah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  5. Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling

    Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga

    Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

  2. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  3. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga

    Betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi tetap seperti keadaan yang lama juga.

  4. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  5. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  6. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.