Pepatah
Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah
Maksud
Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
Contoh ayat
Negara aman kerana pemimpin dan rakyatnya bersatu padu; kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah:
-
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Bidalan
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
-
Bulat kata
Simpulan Bahasa
Sepakat dah sehati.
-
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Pepatah
Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
-
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar
Pepatah
Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.
-
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling
Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.
Pepatah lain
-
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga
Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.
-
Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
-
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
-
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
-
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai
Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.
-
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.