PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu

Maksud

Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

Contoh ayat

Dia sebenarnya tahu siapa yang memecahkan tingkap, tetapi buat-buat bertanya; kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

    Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan.

  2. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

  3. Ada padi, segala menjadi

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  4. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

  5. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  6. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.