PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

Maksud

Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Contoh ayat

Rakan kongsi itu sepakat; laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni:

  1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    Wujud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu, sama-sama menanggung susah dan senang.

  2. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek Pepatah

    Persahabatan yang sangat karib.

  3. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Pepatah

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Pepatah

    Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

  5. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah Pepatah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  6. Seikat bak sirih, serumpun bak serai

    Hubungan dan kerjasama yang sangat rapat bagi membentuk sebuah kumpulan yang kuat.

  7. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  8. Terapung sama hanyut, terendam sama basah Pepatah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  9. Terendam sama basah, terampai sama kering

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  2. Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya

    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

  3. Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang

    Perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri).

  4. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

    Perbuatan yang tidak sempurna.

  5. Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa

    Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

  6. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.