PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

Maksud

Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

Contoh ayat

Ditanya tentang kerja rumah, dia bercerita tentang bola pula; lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau tiada rotan, akar pun berguna

    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

  2. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  3. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  4. Malam berselimut embun, siang bertudung awan

    Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

  5. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

    Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

  6. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.