PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan

Maksud

Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

Contoh ayat

Dia sibuk melayan tetamu sehingga anak-anaknya sendiri tidak makan; laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan:

  1. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan Pepatah

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  2. Membujur lalu, melintang patah

    Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.

  3. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  4. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak

    Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

  5. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

    Orang yang arif dan rajin.

  6. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung

    Biar kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut