PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga

Maksud

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

Contoh ayat

Memakai jubah tidak menjadikan seseorang alim; lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  2. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  3. Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan

    Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

  4. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

    Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.

  5. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

  6. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.