PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai

Maksud

Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

Contoh ayat

Pilihlah kawan yang baik walaupun seorang; lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

    Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

  2. Memberi lauk kepada orang membantai

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  3. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga

    Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.

  4. Biar putih tulang, jangan putih mata

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  5. Jangan bercermin di air keruh

    Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

  6. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

    Orang yang berpura-pura tidak tahu.