PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Macam belangkas

Maksud

Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan.

Contoh ayat

Abu dan Ali adalah kawan karib yang selalu bersama ke mana sahaja, macam belangkas.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Macam belangkas:

  1. Bagai aur dengan tebing Perumpamaan

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  2. Bagai beliung dengan asahan Perumpamaan

    Tidak pernah berpisah.

  3. Bagai dakwat dengan kertas Perumpamaan

    Persahabatan yang sangat akrab

  4. Bagai empedu lekat di hati Perumpamaan

    Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.

  5. Bagai isi dengan kuku Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  6. Bagai lesung dengan antan Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  7. Seperti api dengan asap Perumpamaan

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Dikembar seperti benang

    Perempuan yang menduakan suaminya.

  2. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

    Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

  3. Bagai kucing hilang anak

    Bingung, kehilangan akal.

  4. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan

    Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

  5. Bagai mencurah air di daun keladi

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

  6. Seperti tikus jatuh ke beras

    Orang yang terlalu gembira.