PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Macam betung seruas

Maksud

Terlalu jujur; lurus hati

Contoh ayat

Pak Long macam betung seruas; dia tidak pernah berbohong.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia

    Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.

  2. Seperti hendak meluruskan ekor beruk

    Sangat sukar menasihati orang yang degil.

  3. Seperti lembu dicucuk hidung

    Orang yang selalu hanya menurut kemahuan orang.

  4. Bagai kucing hilang anak

    Bingung, kehilangan akal.

  5. Seperti mati hidup semula

    Selamat daripada bahaya besar.

  6. Jauhari juga yang mengenal manikam

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara