PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Makan bubur panas-panas

Maksud

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

Contoh ayat

Kerana makan bubur panas-panas, dia tersilap membeli rumah yang bermasalah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Gaji buta

    Mendapat gaji tanpa perlu bekerja atau besusah payah.

  2. Gantung tak bertali, salai tak berapi

    Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.

  3. Serampang dua mata

    Mendapat dua faedah serentak, menyokong kedua-dua pihak yang berkonflik.

  4. Lubuk akal lautan ilmu

    Sangat luas dan banyak pengetahuan.

  5. Karam tidak berair

    Mendapat bencana dengan tidak bersebab.

  6. Orang mandi berselam, awak mandi bertimba

    Orang mendapat keuntungan yang besar, tetapi kita mendapat keuntungan yang sedikit.