PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Malam berselimut embun, siang bertudung awan

Maksud

Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

Contoh ayat

Gelandangan itu hidup malam berselimut embun, siang bertudung awan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Malam berselimut embun, siang bertudung awan:

  1. Dapur tidak berasap

    Terlalu miskin.

  2. Hidup segan mati tak mahu

    Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

  3. Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan Perumpamaan

    Sangat miskin.

  4. Itik tak sudu, ayam tak patuk

    Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

  5. Kain sehelai berganti-ganti

    Suami isteri yang miskin.

  6. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Pepatah

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  2. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah

    Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.

  3. Membujur lalu, melintang patah

    Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.

  4. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  5. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

    Perbuatan yang tidak sempurna.

  6. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.