PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut

Maksud

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

Contoh ayat

Jangan malu bertanya kepada guru jika tidak faham kerana malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  2. Ada bangkai, adalah hering

    Ada kejahatan, adalah kejahatan lain yang datang.

  3. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

  4. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

    Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.

  5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  6. Ada beras, taruh dalam padi

    Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.