PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

Maksud

Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

Contoh ayat

Nasihat ibu supaya dia belajar bersungguh-sungguh masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Masuk telinga kanan keluar telinga kiri:

  1. Bagai mencurah air di daun keladi Perumpamaan

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

  2. Didengar ada, dipakai tidak Pepatah

    Nasihat yang sia-sia.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  2. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang

    Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.

  3. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

  4. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  5. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.

  6. Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya

    Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.