Bidalan
Melepaskan batuk di tangga
Maksud
Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau bersungguh-sungguh.
Contoh ayat
Kerja rumah itu dibuat melepaskan batuk di tangga sahaja, banyak soalan tidak dijawab.
Bidalan lain
-
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya
Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.
-
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
-
Biar mati anak, jangan mati adat
Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang terpelihara; orang yang kuat perpegang pada adat.
-
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh
Setiap sesuatu hendaklah wajar pada tempatnya.
-
Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.
-
Ada bukit, ada paya
Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.