PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Memberi garam kepada laut

Maksud

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

Contoh ayat

Menghadiahkan duit raya kepada jutawan itu ibarat memberi garam kepada laut.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Memberi garam kepada laut:

  1. Memberi lauk kepada orang membantai Bidalan

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

  2. Membuang garam ke laut Bidalan

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  2. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya

    Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.

  3. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai

    Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

  4. Belum duduk sudah berlunjur

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  5. Ada gula, ada semut

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  6. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga

    Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.