PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Membujur lalu, melintang patah

Maksud

Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.

Contoh ayat

Pembangunan bandar itu membujur lalu, melintang patah; tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa

    Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

  2. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.

  3. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari

    Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

  4. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

    Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

  5. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  6. Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk

    Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.