PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang

Maksud

Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

Contoh ayat

Dia meninggalkan kerja tetap untuk mengejar skim cepat kaya, akhirnya kedua-duanya hilang; meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang:

  1. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran Pepatah

    Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  2. Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

    Di mana mati di situlah dikuburkan.

  3. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  4. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

  5. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  6. Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk

    Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.