PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar

Maksud

Dalam keadaan yang serba salah.

Contoh ayat

Dia mahu menolak permintaan ibu mertuanya, tetapi takut menyinggung perasaan; nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar:

  1. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  2. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu Pepatah

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  3. Ditelan mati emak, diluah mati bapa Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  4. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka Pepatah

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak

    Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

  2. Bagaimana rupa begitulah bayangnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  3. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

    Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain.

  4. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan

    Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

  5. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

    Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

  6. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.