Pepatah
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
Maksud
Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.
Contoh ayat
Dia ingin membeli rumah besar untuk ibunya, tetapi gajinya kecil; niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Sanrio Gift SetLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai:
-
Dekat tak tercapai, jauh tak berantara
Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
-
Dipandang dekat, dicapai tak dapat
Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
-
Hendak mencapai tangan tak sampai
Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.
-
Hendak terbang tiada bersayap
Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
-
Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak
Pepatah
Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
Pepatah lain
-
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.
-
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan
Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.
-
Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu
Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.
-
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap
Membuat pekerjaan yang sia-sia.
-
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.
-
Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.