PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Maksud

Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

Contoh ayat

Kita mesti mengenang jasa orang yang membantu; orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

    Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

  2. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  3. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan

    Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

  4. Bagaimana rupa begitulah bayangnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  5. Hati hendak semua jadi

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

  6. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.