PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi

Maksud

Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.

Contoh ayat

Selepas bertahun-tahun berusaha, akhirnya dia berjaya membuka restoran sendiri; payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

  2. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  3. Jangan bercermin di air keruh

    Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

  4. Ada nyawa ada rezeki

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  5. Melepaskan batuk di tangga

    Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau bersungguh-sungguh.

  6. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

    Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan.