Pepatah
Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk
Maksud
Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.
Contoh ayat
Walaupun sudah lama tiada kes kecurian, penduduk perlu terus berwaspada; pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk:
-
Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat
Pepatah
Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.
Pepatah lain
-
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.
-
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa
Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.
-
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar
Dalam keadaan yang serba salah.
-
Enggang lalu ranting patah
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.
-
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa
Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
-
Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.