PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

Maksud

Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

Contoh ayat

Azwan berusaha bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mengusahakan tanah peninggalan ayahnya untuk menjadi petani yang berjaya kerana baginya, kalau pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang:

  1. Jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya Pepatah

    Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Terapung sama hanyut, terendam sama basah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  2. Alang-alang mandi, biar basah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  3. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda

    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

  4. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  5. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat

    Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

  6. Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga

    Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.