PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Pilih kasih

Maksud

Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain.

Contoh ayat

Guru tidak boleh pilih kasih terhadap murid-muridnya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Pilih kasih:

  1. Bagai limau masam sebelah Perumpamaan

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  2. Bagai perahu karam sebelah Perumpamaan

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  3. Berat sebelah Simpulan Bahasa

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  4. Limau masak sebelah, perahu karam sekerat

    Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Kecil-kecil cili padi

    Meskipun kecil tetapi berani.

  2. Buah bibir

    Buah mulut orang iaitu yang menjadi perbicaraan orang ramai dan selalu disebut atau diperkatakan orang.

  3. Bulat kata

    Sepakat dah sehati.

  4. Jambatan emas

    Jalan mencapai bahagia.

  5. Alim-alim kucing

    Pura-pura baik.

  6. Jantung hati

    Orang yang dikasihi.