PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain

Juga disebut: Rambut sama hitam, hati lain-lain

Maksud

Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.

Contoh ayat

Setiap ahli mesyuarat mempunyai pendapat sendiri; rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain:

  1. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Pepatah

    Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain.

  2. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

    Masing-masing orang dengan kesukaannya.

  3. Lain lubuk, lain ikannya

    Adat negeri selalu berlain-lainan.

  4. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam Pepatah

    Adat negeri selalu berlain-lainan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya

    Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

  2. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung

    Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

  3. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.

  4. Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga

    Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

  5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

    Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

  6. Alah bisa kerana biasa

    Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.