PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Ringan tulang

Maksud

Rajin bekerja, tangkas.

Contoh ayat

Anak sulungnya ringan tulang; selalu membantu ibu di dapur.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ringan tulang:

  1. Cepat kaki ringan tangan

    Rajin dan giat.

  2. Habis kapak berganti beliung

    Sangat rajin bekerja.

  3. Seperti lipas kudung Perumpamaan

    Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Jejak langkah

    Mencontohi perbuatan seseorang.

  2. Anak emas

    Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa.

  3. Keras lidah

    Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

  4. Berat sebelah

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  5. Barang kemas

    Barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.

  6. Alang kepalang

    Sedikit atau tidak mencukupi.