Peribahasa
Rumah siap, pahat masih berbunyi
Maksud
Mengemukakan pendapat atau kritikan sesudah perkara diputuskan.
Contoh ayat
Projek itu sudah diluluskan, tetapi masih ada yang membantah; rumah siap, pahat masih berbunyi.
Karangan Isu Semasa SPM 2026Lihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Rumah siap, pahat masih berbunyi:
-
Api padam, puntung masih berasap
Sudah selesai tetapi masih dipercakapkan.
Peribahasa lain
-
Usaha menjalani, nasib menyudahi
Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir.
-
Orang sukar baharu kaya
Orang yang hina menjadi sombong kerana beroleh kejayaan.
-
Lagi murah, lagi ditawar
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
-
Umpama kambing kecil, merentak tidak memutuskan tali, berantuk tidak melembang bumi
Orang kecil yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.
-
Mabuk di enggang lalu
Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.
-
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.