PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Sambil menyelam minum air

Juga disebut: Menyelam sambil minum air

Maksud

Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.

Contoh ayat

Ketika melawat nenek di kampung, kami turut bercuti di pantai; sambil menyelam minum air.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sambil menyelam minum air:

  1. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Pepatah

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  2. Berkayuh sambil bertimba

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  3. Berkayuh sambil ke hilir

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  4. Sambil berdendang, biduk hilir

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  5. Sambil berdiang, nasi masak

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  6. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Airnya jernih, ikannya jinak

    Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

  2. Zahir menunjukkan batin

    Tingkah dan kata membayangkan hati.

  3. Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan

    Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, jangan terlalu cepat ingin membuatnya.

  4. Mencabut harus dengan akar-akarnya

    Sekiranya kita hendak membasmi sesuatu kejahatan, hendaklah dihapuskan puncanya.

  5. Besar kapal, besarlah gelombang

    Makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yang menimpa.

  6. Umpan habis, pancing putus, punca terlepas daripada tangan

    Perbuatan atau usaha yang sia-sia, malahan rugi pula.