Pepatah
Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Maksud
Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.
Contoh ayat
Pekerjaan itu bergaji besar tetapi membahayakan kesihatannya; sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.
Pepatah lain
-
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan
Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.
-
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan
Tidak mahu mengakui kebenaran.
-
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
-
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan
Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.
-
Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu
Perkara yang mustahil.
-
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah
Perbuatan yang tidak sempurna.