PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

Maksud

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.

Contoh ayat

Didiklah anak dengan tegas kerana sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  2. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  3. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  4. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

    Orang yang arif dan rajin.

  5. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

  6. Jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya

    Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.