Pepatah
Sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselam orang
Maksud
Orang yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang.
Contoh ayat
Walaupun tinggal di pedalaman, ustaz itu sentiasa dikunjungi orang yang ingin belajar; sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselam orang.
Pepatah lain
-
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya
Orang yang diam jangan disangka pengecut
-
Alah bisa kerana biasa
Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.
-
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
-
Terapung sama hanyut, terendam sama basah
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.
-
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
-
Tak ada ribut, masakan daun bergoyang
Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.