PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

Maksud

Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.

Contoh ayat

Kerana terlanjur menghina ketuanya, dia dibuang kerja; sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa:

  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Bidalan

    Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  2. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali

    Seseorang itu dinasihatkan jangan terlalu berlebih-lebihan apabila berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat.

  3. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  4. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

  5. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  6. Memberi lauk kepada orang membantai

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.