PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang

Maksud

Perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri).

Contoh ayat

Peniaga dari luar terpaksa berusaha lebih keras berbanding peniaga tempatan; sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara

    Jawab yang benar dan tepat.

  2. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

  3. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.

  4. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

    Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.

  5. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

  6. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.