PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Sediakan payung sebelum hujan

Maksud

Seseorang itu hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia sebelum terjadi apa-apa.

Contoh ayat

Simpanlah wang untuk kecemasan; sediakan payung sebelum hujan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sediakan payung sebelum hujan:

  1. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

    Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  2. Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga

    Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

  3. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

  4. Buang yang keruh, ambil yang jernih

    Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

  5. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali

    Seseorang itu dinasihatkan jangan terlalu berlebih-lebihan apabila berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat.

  6. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.