PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

Juga disebut: Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Maksud

Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.

Contoh ayat

Simpanlah seringgit sehari; sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit:

  1. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba Pepatah

    Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

  2. Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung Bidalan

    Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak

  3. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Bidalan

    Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa

    Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.

  2. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang

    Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.

  3. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  4. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

  5. Alah bisa, tegal biasa

    Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

  6. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

    Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.