Pepatah
Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya
Maksud
Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.
Contoh ayat
Seorang murid ponteng, seluruh kelas didenda; seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya:
-
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Perumpamaan
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
-
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
-
Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
Pepatah
Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
Pepatah lain
-
Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
-
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar
Tiada mahu mendengar nasihat orang.
-
Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.
-
Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
-
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.