Pepatah
Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
Juga disebut: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Maksud
Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
Contoh ayat
Kerana seorang pegawai menerima rasuah, nama baik seluruh jabatan tercemar; seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit:
-
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Perumpamaan
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
-
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
-
Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya
Pepatah
Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.
Pepatah lain
-
Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.
-
Alang-alang mandi, biar basah
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
-
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara
Jawab yang benar dan tepat.
-
Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan
Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.
-
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa
Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
-
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga
Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.