PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya

Maksud

Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

Contoh ayat

Guru yang berpengalaman itu cepat memahami masalah muridnya; sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya:

  1. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak Pepatah

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  2. Jauhari juga yang mengenal manikam Perumpamaan

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

    Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

  2. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  3. Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan

    Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

  4. Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut

    Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.

  5. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  6. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.