PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka

Maksud

Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

Contoh ayat

Gajinya tidak mencukupi; bayar sewa, tak cukup makan; beli makanan, sewa tertunggak; selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka:

  1. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  2. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu Pepatah

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  3. Ditelan mati emak, diluah mati bapa Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  4. Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar Pepatah

    Dalam keadaan yang serba salah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  2. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang

    Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

  3. Bagaimana rupa begitulah bayangnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  4. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  5. Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

    Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.

  6. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

    Membesar-besarkan perkara yang kecil.