PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Maksud

Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

Contoh ayat

Selepas ketua mereka meninggal dunia, ahli kumpulan itu seperti anak ayam kehilangan ibu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Darah setampuk pinang

    Belum berpengalaman.

  2. Bagai beruk kena ipuh

    Menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya.

  3. Katak ditimpa kemarau

    Berkeluh kesah dengan tidak keruan.

  4. Bagai pungguk rindukan bulan

    Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.

  5. Bagai jawi terkurung siang

    Sangat gelisah kerana tidak bebas.

  6. Bagai lesung dengan antan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).