PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti anjing bertemu pasir

Maksud

Orang yang telah menjumpai barang kesukaanya.

Contoh ayat

Apabila sampai ke kedai buku, Aminah seperti anjing bertemu pasir.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai kepiting batu

    Sangat berhati-hati/amat berkira untuk mengeluarkan wang.

  2. Bagai menjaga permata intan ketika dicanai

    Kasih sayang yang tidak tertanding

  3. Seperti cacing kepanasan

    Seseorang yang selalu berada dalam keadaan gelisah.

  4. Bagai Belanda meminta tanah

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

  5. Seperti mati hidup semula

    Selamat daripada bahaya besar.

  6. Salai tidak berapi

    Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya.