PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti antan pencungkil duri

Maksud

Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

Contoh ayat

Menasihati penagih yang tidak mahu berubah itu seperti antan pencungkil duri.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti antan pencungkil duri:

  1. Alu pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  2. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  3. Bagai mencencang air Perumpamaan

    Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

  4. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Pepatah

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  5. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  6. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  7. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam Pepatah

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti emas baru disepuh

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  2. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.

  3. Bagai jempuk kesiangan hari

    Kebingungan; termenung-menung.

  4. Bak mentimun bengkok

    Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

  5. Seperti tikus jatuh ke beras

    Orang yang terlalu gembira.

  6. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu

    Lahirnya baik, batinnya jahat.