PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti api dalam sekam

Maksud

Sesuatu kejahatan yang tidak diketahui kerana ia telah dirahsiakan.

Contoh ayat

Rasa tidak puas hati pekerja itu seperti api dalam sekam; akhirnya meletus menjadi mogok.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti api dalam sekam:

  1. Gunting dalam lipatan

    Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

  2. Musuh dalam selimut

    Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

  3. Ular berlingkar di gulungan tikar

    Orang jahat yang menyamarkan diri dalam kumpulan orang baik-baik.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti emas baru disepuh

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  2. Seperti lipas kudung

    Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.

  3. Bagai murai dicabut ekor

    Perempuan yang suka bercakap banyak.

  4. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

    Layanan yang kurang adil.

  5. Bagai beruk kena ipuh

    Menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya.

  6. Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur

    Orang yang sangat dimuliakan.